Posts

Image
TIPS KEKAL RAMPING DAN SIHAT  Amalan hidup sihat dapat didefinisikan sebagai amalan mulia yang dapat diterapkan dalam diri setiap individu di negara kita. Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab, menyatakan bahawa terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih lagi tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan tidak mengambil berat tentang isu ini serta mereka mudah menghidap penyakit kronik walaupun pada usia muda. Mengapakah kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat? Dengan mengamalkan gaya hidup sihat,kita boleh dapat banyak faedah. Sebagai contoh tubuh badan yang sihat, otak yang cerdas dan mampu melakukan apa-apa sahaja aktiviti tanpa sebarang kekangan yang melanda. Manakala, jika kita mengamalkan gaya hidup sihat, kita bakal didatangi dengan pelbagai masalah yang seterusnya boleh merumitkan keadaan kita pada masa hadapan. Sebenarnya, menjaga tubuh badan bukannya mudah, tapi juga tidak mustahil. Dengan tips kekal ramping dan sihat...
Image
REFLEKSI DIRI Apa itu refleksi diri? Refleksi diri adalah sebuah proses mengingat kembali apa  yang telah berlaku, menyatakan perasaan sendiri terhadap peristiwa tersebut, dan akhirnya memberi pendapat apa yang perlu dilakukan. Kemahiran refleksi memerlukan seseorang itu memerhati secara terperinci apa yang berlaku sekelilingnya, dan menilai sama ada peristiwa tersebut berlaku disebabkan oleh tindakannya, perasaannya, alam sekitar, atau ada hubungan dengan orang lain. Seterusnya sesorang itu harus  menilai berdasarkan satu standard nilai dari segi a gama, etika, nilai masyarakat, panduan pengajaran, prosedur dan sebagainya bahawa  adakah sesuatu peristiwa yang berlaku itu adalah berdasarkan nilai yang baik, atau berlaku seperti yang sepatutnya. Seseorang  perlu membuat analisis kenapa peristiwa itu berlaku dan adakah seseorang itu t elah memberi reaksi yang sepatutnya ke atas peristiwa berkenaan. Setelah itu, seseorang  perlu memikirkan bagaimana cara yang leb...