REFLEKSI DIRI

Apa itu refleksi diri? Refleksi diri adalah sebuah proses mengingat kembali apa yang telah berlaku,menyatakan perasaan sendiri terhadap peristiwa tersebut, dan akhirnya memberi pendapat apa yang perlu dilakukan.Kemahiran refleksi memerlukan seseorang itu memerhati secara terperinci apa yang berlaku sekelilingnya, dan menilai sama ada peristiwa tersebut berlaku disebabkan oleh tindakannya, perasaannya, alam sekitar, atau ada hubungan dengan orang lain. Seterusnya sesorang itu harus menilai berdasarkan satu standard nilai dari segi agama, etika, nilai masyarakat, panduan pengajaran, prosedur dan sebagainya bahawa adakah sesuatu peristiwa yang berlaku itu adalah berdasarkan nilai yang baik, atau berlaku seperti yang sepatutnya. Seseorang perlu membuat analisis kenapa peristiwa itu berlaku dan adakah seseorang itu telah memberi reaksi yang sepatutnya ke atas peristiwa berkenaan. Setelah itu, seseorang perlu memikirkan bagaimana cara yang lebih sesuai untuk memberi reaksi ke atas peristiwa berkenaan berdasarkan nilai-nilai yang sepatutnya.

Setakat ini, refleksi yang berlaku hanya menilai peristiwa yang telah berlaku. Seterusnya, dia perlu merancang apa yang sepatutnya dibuat pada masa sekarang dan akan datang untuk memperbaiki keadaan, atau tindakan pada masa depan. Apa yang hendak dilaksanakan itu mesti sesuatu yang bertujuan untuk berubah kepada keadaan yang lebih baik dan
 juga perlu memikirkan bagaimana untuk memberi respon sekiranya peristiwa yang sama berlaku pada masa hadapan supaya dapat memberikan yang terbaik untuk menjaga hubungannya dengan Allah, hubungan dengan orang lain, hubungan dengan alam, dan juga untuk kebaikan diri sendiri.




  • KOMUNIKASI


Komunikasi ialah suatu proses di mana seseorang atau beberapa orang, kelompok, organisasi dan masyarakat yang menciptakan dan menggunakan informasi agar terhubung dengan linkungan orang lain. 
Pada awal  minggu pembelanjaran, kami telah disuruh untuk menjalankan satu tugas iaitu untuk membuat video tentang sebuah kempen. Projek ini dihasilkan oleh sebuah kumpulan di mana ahlinya ialah seramai 7 orang. Semasa pertama kali bersua, kami tersedar akan satu perkara yang berkaitan cara kami berkomunikasi. Secara jujurnya, ahli kumpulan kami kurang memberi kerjsama yang baik kerana mungkin salah satu faktornya ialah kami baru sahaja memulakan ikatan persahabatan dan masih mencari keserasian antara satu sama lain. Apabila kurangnya komunikasi, timbulnya salah faham antara kami. Hal ini kerana kami tidak dapat memahami dan menbaca isi hati masing-masing, maka dengan itu kami cuba mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah kurangnya kesefahaman antara kami dalam satu kumpulan.

Di sini terdapat 3 jenis komunikasi. Antaranya ialah komunikasi lisan, bukan verbal dan komunikasi bertulis. Alat utama komunikasi lisan adalah bahasa. Aspek yang mempengaruhi komunikasi lisan ialah kelajuan, intonasi, humor serta singkat dan jelas. Setiap aspek tersebut perlu dititik beratkan agar tidak menimbulkan salah faham antara kami. Komunikasi bukan verbal pula pula mewakili ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, gaya tubuh dan gerak isyarat. Kami dalam sebuah kumpulan lebih banyak menggunakan komunikasi bukan verbal. Akhir sekali, komunikasi bertulis. Komunikasi jenis ini merupakan aktiviti mencurah idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk lambang bertulis atau grafik.

Komunikasi secara tidak lisan sering digunakan oleh ahli kumpulan iaitu komunikasi di atas talian . Kami telah menubuhkan sebuah kumpulan 'Whatsapp' bagi memudahkan komunikasi diantara kami . Ini adalah disebabkan kekangan masa untuk membuat perjumpaan sesama ahli kumpulan. Sekiranya ada kemusykilan di antara kami, kami  akan mengutarakan di dalam laman sosial tersebut. Namun begitu , terdapat beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan  seperti membuat kesimpulan terhadap sesuatu tugasan . Oleh itu , kami telah membuat satu perjumpaan pada hari cuti umum iaitu hari sabtu untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Di samping itu , komunikasi secara lisan juga berlangsung melalui pemberian soal selidik kepada responden pada minggu ke 6 iaitu minggu pengumpulan data.  Setiap ahli kumpulan telah diberi tanggungjawab untuk mengumpul data dan secara tidak langsung  saya telah mempelajari adab berkomunikasi terhadap seseorang yang tidak dikenali. Seterusnya , perbincangan bersama Puan Norlida juga mengajar kami cara berkomunikasi secara lisan terhadap pensyarah. Bagi memastikan projek tersebut berjalan lancar , kami meminta pendapat dan tunjuk ajar daripada beliau. Secara kesimpulannya , selama lebih kurang 4 minggu melakukan projek ini saya telah mempelajari 2 jenis komunikasi iaitu komunikasi secara lisan dan komunikasi secara tidak lisan . Saya juga mendapati bahawa komunikasi secara tidak lisan  tidak dapat menyelesaikan masalah secara keseluruhannya .  Saya telah mempelajari beberapa cara dan adab untuk berkomunikasi dengan responden yang akan saya gunakan untuk projek lain pada masa akan datang.


  • PEMIKIRAN

  
Sepanjang proses pembelajaran ini berlangsung, apa yang dapat kami perhatikan ialah ahli kumpulan kami kurang berfikir. Dalam erti kata lain ada segelintir ahli dalam kumpulan kami tidak boleh berfikir secara jauh dan kritis. Sebagai contoh, apabila pensyarah meminta kami melontarkan idea-idea tentang sesuatu perkara, kami tidak mampu untuk melahirkan idea yang cukup bernas untuk diberikan kepada pensyarah tersebut. Selain daripada itu, apabila pensyarah menerangkan sesuatu tugasan, kadang-kadang kami merasakan kurang pemahaman tentang tugasan tersebut. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor malas untuk berfikir secara kritikal. 


 Pemikiran kritis mempunyai dua kompenan iaitu menganalisis idea dan kemahiran menilai.antara aktiviti yang terlibat di dalam kompenan ,menganalisis idea ialah pengkelasan,membanding, membeza dan meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. Kompenan yang seterusnya ialah kemahiran menilai. Ia bertujuan  memastikan kata putus atau kesimpulan yang dibuat berkemungkinan lebih betul berbanding salah.


  Sehubungan dengan itu, kami perlu menyelesaikan masalah ini dengan segera. Kami telah mengadakan satu perjumpaan dengan semua ahli kumpulan bagi menyelesaikan masalah ini. Hanya dengan cara ini sahaja mampu untuk kami memberikan peluang kepada ahli kumpulan yang pasif untuk berfikir secara kritis sebelum melontarkan ideanya kepada kami. Kami akan terus memberi kata semangat kepada mereka supaya jangan pernah takut untuk melontarkan idea dan berfikir secara kritis. Selepas perjumpaan diadakan beberapa kali, kumpulan kami mengalami satu perubahan yang sangat baik. Alhamdulillah kami semua mampu untuk berfikir secara kritis dan mampu menyumbangkan idea yang bernas.Kemahiran menyelesaikan masalah telah diterapkan secara tidak langsung. Di samping itu , dalam proses laporan akhir , pemikiran-pemikiran kritis sangat di perlukan ini adalah kerana analisa-analisa data yang dikumpul perlu dikupas dengan tepat , padat dan sebaiknya. Begitu juga dalam mengarang ayat untuk bahagian-bahagian yang tertentu seperti pengenalan , hasil kajian , rumusan dan sebagainya .

   Kelebihan yang kami perolehi daripada kemahiran insaniah ini kami menjadi lebih matang dalam cara berfikir dan cara kami bertindak, kami menjadi lebih berhemah dan bertanggungjawab serta tidak mudah dipengaruhi tentang perkara yang tidak diketahui punca sumbernya.



  • KEPIMPINAN

Kepemimpinan adalah proses memengaruhi atau memberi contoh oleh pemimpin kepada pengikutnya dalam upaya mencapai tujuan organisasi. Cara alamiah mempelajari kepemimpinan adalah melakukannya dalam kerja dengan praktik seperti pemagangan pada seorang seniman ahli, pengrajin, atau praktisi.


Setelah kami membincangkan idea dari segi kelemahan dan kelebihan kami, kami mendapati kami sebenarnya tidak mempunyai ketua dalam kumpulan kami dan perkara itu saya merasakan satu kelemahan yang tidak patut berlaku. Ini kerana seorang ketua amat penting dalam kumpulan untuk membimbing anak-anak buahnya dalam melakukan kerja dengan baik dan teratur. Saya juga mendapati setiap ahli dalam kumpulan kami sangat bersikap berdolak dalih semasa memilih ketua. Mungkin kerana kami takut untuk mengalas tanggungjawab sebagai ketua. Akan tetapi, kami patut menjadikan perkara yang berlaku tidakkan berulang kembali untuk masa yang akan datang. Sehubungan dengan itu, kami berbincang dan mencari penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kami. Perkara yang pertama patut dilakukan apabila sudah mempunyai kumpulan, kami harus memilih ketua sebelum memikirkan perkara yang lain. Setelah kami selesai membincangkan isu kami itu, kami telah memutuskan salah seorang dari ahli kumpulan kami menjadi ketua. Kami memilihnya mengikut perhatian kami semua dimana dia seorang yang petah bercakap, sentiasa memberi idea bernas dan sikapnya yang boleh meredakan suasana yang tegang semasa kami membincangkan isu tersebut.

  Selain itu, dalam kumpulan kami juga mempunyai kelebihan dimana gerak kerja berpasukan antara kami memuaskan kami sendiri. Contohnya, apabila kami memcari idea untuk tugasan ini, setiap ahli sentiasa ada idea yang baik untuk dibahaskan dan bincang bersama. Di samping itu juga, kami juga seperti berebut-rebut untuk melontarkan idea sendiri. Di sini saya dapat melihat bahawa keserasian dan kerjasama antara ahli kumpulan kami mempunyai komitmen untuk melakukan tugasan yang diberi bersama-sama. Saya berharap sikap seperti ini dapat kami teruskan untuk melakukan tugasan yang berikutnya dengan baik untuk mendapatkan hasil kerja yang lumayan dan berbaloi. Saya juga berharap kami dapat meneruskan sikap ini dengan kumpulan lain pada masa yang datang.


  • PEMBELAJARAN SEPANJANG ABAD KE-21

Dalam sesebuah projek , kemahiran pembelajaran sepanjang hayat adalah kemahiran yang sangat penting untuk diterapkan dalam seseorang pelajar. Sepanjang minggu menjalankan projek video itu, saya telah mempelajari cara untuk mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber. Bagi menyiapkan segala tugasan yang diberi , saya perlu mencari maklumat daripada pelbagai sumber termasuklah sumber dari internet , rujukan buku , dan juga beberapa artikel dari majalah serta surat khabar . Selain itu , saya juga mampu menerima idea baharu dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi. Setiap ahli kumpulan perlu membuka minda untuk menerima idea yang diberikan. Walaupun terdapat beberapa pencanggahan pendapat terutamanya apabila ingin memutuskan tajuk yang ingin dilaksanakan dalam projek, ketua kumpulan telah bertindak dengan membuat persetujuan majoriti. Di samping itu, saya mampu mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu. Saya perlu berfikir dan mencari lebih maklumat untuk memahami tajuk yang saya dan kumpulan jalankan. Ini secara tidak langsung, meluaskan ilmu pengetahuan saya. Secara kesimpulannya, saya mampu menerapkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dalam projek ini dan akan lebih berguna pada masa akan datang. 




Comments

  1. done... Mimi.. huraian ok namun bersifat umum...cuma perlu bg contoh berdasarkan aktiviti yang anda telah jalani.. boleh edit sedikit dear..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog